Badminton merupakan sejenis sukan raket
yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan
(perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana
posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi
yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan
bulu tangkis
menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh
di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh
di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap
sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang
kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan
beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan
perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan
kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik,
ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan
sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik,
kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.
No comments:
Post a Comment